Sejarah sekolah
Sejarah penubuhan sekolah ini bermula dengan rasminya pada 2 Januari 1997. Sekolah ini diasaskan dan diterajui oleh Tuan Haji Mohd Desa Osman, Pengetua yang pertama. Pada awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana dengan menggunakan 4 bilik darjah sahaja. Akibat penambahan pelajar setiap tahun maka pada 31 Disember 1981, Encik Ooi Hay Ther dilantik sebagai Penyelia di cawangan baru di Sekolah Kebangsaan Megat Dewa dan satu lagi di Sekolah Kebangsaan Pida 3. Mulai Mac 1984, semua pelajar di cawangan dikumpulkan di dua buah bangunan baru pasang siap yang dibina dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana.
Sekolah ini mula menggunakan bangunan sendiri pada 15 April 1992. Sekolah ini terus berkembang pesat dengan pertambahan bangunan baru; antaranya dewan serbaguna (Dewan Citra Malinja), makmal komputer (KDP), 2 blok bangunan tiga tingkat, makmal mata pelajaran vokasional (Grafik Berkomputer) yang diubahsuai dan bengkel Sains Pertanian.
Buat masa ini (November 2009 ) SMK Permatang Bonglai menjadi tempat mencari ilmu yang selesa bagi 500 orang pelajar lelaki dan perempuan yang semuanya bangsa Melayu. Pelajar-pelajar ini belajar dalam tingkatan satu hingga tingkatan 5. Tenaga pengajarnya pula berjumlah 44 orang dengan dibantu oleh 14 orang staf sokongan.
Barisan Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak mula ditubuhkan sehingga kini adalah seperti berikut:
1. Tuan Haji Mohd Desa bin Osman 1997 – 1979
2. Encik Mahadzir bin Long 1980 – 1984
3. Encik Zainal bin Abdul Rahman 1984 – 1986
4. Tuan Haji Mohd Nordin bin Harun 1986 – 1991
5. Encik Abdul Wahab bin Hussain 1991 – 1992
6. Tuan Haji Shahidan bin Abdul Rahman 1993 – 1995
7. Tuan Haji Salleh bin Shuib 1995 – 1998
8. Puan Hajah Asiah bt. Othman 1998 – 2005
9. Tuan Haji Zakuwan bin Talib 2005 – 2008
10. Puan Hajah Ku Hamidah bt. Ku Yaacob 2008 – 2010
11. Puan Hajah Noriah bt. Mohamad 2010 – 2011
12. Tuan Haji Md Zin bin Hj Abu Bakar 2011 - hingga sekarang